Refleksi Pembelajaran Dan Pengajaran
Pembelajaran dalam pengajaran yang dilaksanakan semasa mikropengajaran dijalankan adalah berdasarkan kepada perancangan awal yang telah disusun atur mengikut langkah-langkah yang sesuai. Pembelajaran bersifat aktiviti secara berkumpulan , individu , serta secara kelas diketengahkan dan menggunakan semua sudut dan ruang untuk memberi kefahaman serta keseronokan dalam pembelajaran murid. Secara umumnya pengajaran cara ini selalunya akan memberi kesan yang mendalam kepada mereka yang mana akhirnya akan mancapai matlamat pengajaran dan sekurang – kurangnya sasaran objektf pembelajaran dalam kelas tersebut tercapai di akhir sesi.
Dalam pembelajaran dan pengajaran ini, isu yang ditekankan adalah mengenai dengan pemahaman murid tentang sifat-sifat yang signifikan dengan kata adjektif dan kata kerja seterusnya difahami dengan memberi beberapa contoh melalui aktiviti-aktiviti yang sesuai yang berkaitan dengan objektif yang ingin dicapai. Pembinaan ayat juga memerlukan penelitian dari segi struktur dan seterusnya menekankan pembentukan ayat yang lebih gramatis untuk mengukur kebolehan murid serta pemahaman dalam membuat ayat lengkap dalam aktiviti ini.
Sebagai menimbulkan minat murid semasa memulakan pembelajaran pada hari itu, kreativiti yang menyoronokkan perlu diberi perhatian khusus. Guru memainkan peranan sebagai perancang serta pelakon utama dalam tajuk yang diketengahkan disamping mengaitkan kreativiti tersebut melalui penglibatan murid agar mereka tidak akan merasa bosan dalam menghadapi pembelajaran pada topik berkenaan , malahan mereka akan lebih teruja untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang seterusnya.
Salah satu pembelajaran yang dapat menimbulkan suasana dan minat murid adalah dengan mengujudkan sebarang alat bantu mengajar sebagai sokongan serta panduan dalam menghasilkan aktiviti yang berkualiti dalam Pembelajaran dalam pengajaran guru. Sebagai contoh penggunaan audio visual akan lebih memberi impak yang baik justru dapat menilustrasikan banyak bahan dengan mudah dan lebih teratur.ini akan memberikan suasana yang mudah kepada guru untuk membuat penerangan serta penjelasan P&P guru.
Makropengajaran yang telah dilakasanakan pada 01.05.2013 merupakan satu program yang berjalan dengan baik dan terancang. Terdapat banyak iktiviti yang telah dijalankan mengikut Perancangan rapi. Persekitaran bilik darjah telah diatur dengan baik untuk tujuan pelaksanaan aktiviti dan ruang yang lebih kondusif disusun atur untuk membolehkan murid bebas dalam pergerakan. Guru telah memainkan peranan yang penting dalam menghidupkan suasana. Aktiviti berjalan dengan lancar dengan penyertaan murid secara keseluruhannya berlaku. Dengan adanya bahan sokongan seperti variasi BBM membuatkan murid dapat melaksanakan kerja dengan lebih baik dan memahami isi kandungan pembelajaran.
Penghargaan guru terhadap m urid yang dapat memberi jawapan yang betul diujudkan.ini memberi semangat kepada mereka untuk berlumba-lumba membuat penyertaan biarpun kenyataan yang mereka berikan adalah kurang tepat. Ganjaran yang lain seperti puji-pujian juga diberikan untuk menaikkan motivasi pelajar .
Dalam aktiviti ini ,guru telah menjemput seorang juru kamera untuk membuat pengambaran dalam makropengajaran ini. Suasana sebenar ini seolah-olah memberi satu gambaran kepada murid tentang aktiviti dalam bidang tersebut. Apapun perkara ini akan lebih menguatkan isu dalam penentuan alat bantu mengajar sebagai sokongan untuk mengembangkan tajuk yang diajar kepada mereka.
Perhatian khusus telah diberi dalam keutamaan pada bahagian kronologi langkah-langkah pegajaran untuk menghasilkan pemahaman murid secara beransur-ansur. Dengan teknik penyoalan demi penyoalan yang berbeza membuatkan murid dapat memikirkan jawapan yang sesuai dan berkaitan.
Kesediaan Murid dalam sesi aktiviti adalah tinggi.Mereka akur dengan arahan guru dan sentiasa bekerjasama dalam menyelesaikan apa juga aktiviti yang diketengahkan. Percambahan idea dalam kumpulan jelas kelihatan melalui penyertaan semua pihak dalam kumpulan. Murid diberi ruang untuk tampil ke hadapan dengan sifat yang ingin mencuba untuk menyelesaikan masalah. Ayat gramatis dapat difahami melalui ayat yang dibina dengan menggunakan perkataan yang diberi secara individu oleh guru.
Penyebaran idea yang difikirkan sesuai dinyata dalam aktiviti . Contohnya beberapa slaid yang ditayangkan menjuruskan kepada pemusatan terhadap murid tentang signifikasi gambar yang berkaitan dengan tajuk yang tengah dibincangkan.
Dalam menyampaikan topik ini, saya sangat berpuas hati dengan apa yang telah saya rancangkan seterusnya laksanakan. Memandangkan masa yang telah diperuntukkan ini hanya Empat puluh minit sahaja, saya telah menggunakan kebijaksanaan untuk membahagi- bahagikan masa agar sesi ini menepati waktu dan mencapai objektif yang disasarkan.
Penyediaan semua bahan bantu mengajar membolehkan pembelajaran pada waktu itu sangat bermakna.Penjelasan yang telah msaya berikan dapat difahami oleh Murid. Ini jelas terbukti di mana apabila guru mengarahkan murid utuk membina ayat lengkap dan gramatis mereka dapat buat dengan baik.
Saya telah membuat lembaran kerja khusus pada dua sesi iaitu; pada sesi membuat latihan dan kerja rumah yang telah diperiksa pada hari yang berikutnya.Terdapat 100% Murid yang menghantar kerja rumah tersebut dan hanya tiga orang sahaja yang telah melakukan kesilapan kecil dalam menjawaban soalan. Ini memberi keyakinan saya dengan apa yang telah saya lakukan dalam aktiviti pembelajaran mereka.
Secara keseluruhannya, Objektif Pembelajaran dalam pengajaran ini tercapai. Semua langkah-langkah yang disusun sangat berkesan ditambah lagi dengan beberapa bahan bantu mengajar dapat dimanfaatkan sepenuhnya.Pelajar yang dikategorikan di tahap sedikt juga dapat mengikuti program ini dengan jayanya.
Dengan kenyataan Murid tentang kefahaman mereka secara keseluruhan tentang pembelajaran pada waktu itu menunjukkan mereka dapat menguasai sepenuhnya tentang tajuk tersebut.
Sekiranya saya berpeluang untuk melakukan sesi PDP ini sekal lagi saya akan cuba untuk mengembangkan lagi idea ini demi memberikan kefahaman lebih kepada Murid. Sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah ini, saya akan menyebarkan maklumat ini kepada semua guru dan berbincang kepada mereka selepas membuat pencerapan agar mereka juga akan dapat melaksanakan kerja ini terhadap pelajar mereka sepanjang waktu.
No comments:
Post a Comment