Kajian Tindakan




KANDUNGAN

Bil.

Tajuk/Subtajuk
Muka
surat

1

Kandungan

i

2

Penghargaan

ii

3

Senarai Jadual

iii

4

Senarai Rajah

iii

5

Senarai Lampiran

iv

6

Abstrak

1

7

1.0

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang Lalu

2

8

2.0

Isu Keprihatinan/Fokus Kajian

3

9

3.0

Objektif Kajian

4



3.1

Objektif Am

4



3.2

Objektif Khusus

4

10

4.0

Persoalan Kajian

5

11

5.0

Kumpulan Sasaran

5

12

6.0

Perlaksanaan Kajian

5



6.1

Tinjauan Masalah

5



6.2

Analisis Tinjauan Masalah

7



6.3

Perlaksanaan Tindakan dan Pemerhatian

13




6.3.1

Perlaksanaan Aktiviti 1

13




6.3.2

Perlaksanaan Aktiviti 2

15


7.0

Penilaian

16


8.0

Refleksi Kajian

17

13

Cadangan Kajian Seterusnya

21

14

Rujukan

22

























PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, Laporan Akhir Kajian Tindakan ini berjaya disiapkan. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan-rakan guru Program Pensiswazahan Guru (PPG) yang telah sama-sama bertungkus lumus memberi sokongan moral kepada saya dalam usaha menyiapkan laporan akhir kajian tindakan ini. Juga tidak dilupakan, pensyarah bagi mata pelajaran terbabit kerana sentiasa bersabar dalam memberi tunjuk ajar dan panduan selama proses menyiapkan laporan ini. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Guru Besar SK. Maju (bukan nama sebenar) kerana memberi kebenaran kepada kami menjalankan kajian di sekolah beliau, murid-murid yang dijadikan subjek kajian, guru-guru tertentu serta individu lain (yang tidak dapat kami nyatakan namanya di sini atas sebab-sebab keselamatan dan etika penyelidikan) yang telah membantu secara langsung ataupun tidak langsung selama proses kajian dijalankan sehingga terhasilnya Laporan Akhir Kajian Tindakan ini.

Segala sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan banyak membantu usaha murni kami guru-guru PPG dalam menghasilkan laporan akhir ini. Semoga dengan terhasilnya laporan ini akan dapat memberi manfaat kepada pembaca dan menjadi penggerak kepada individu lain terutamanya guru-guru lain membuat kajian demi memartabatkan profesion keguruan.
Sekian, terima kasih.






















Senarai Jadual
Bil
Judul Jadual
Muka
surat
Jadual 1
Analisis Keputusan Ujian Formatif
7
Jadual 2
Bilangan Soalan Mengikut Tahap Kesukaran
9
Jadual 3
Keputusan Ujian Pra
9
Jadual 4
Hasil Dapatan daripada Borang Soal Selidik
11
Jadual 5
Perbandingan Markah antara Ujian Pra dan Ujian Pasca
16



Senarai Rajah
Bil
Judul Jadual
Muka
surat
Rajah 1
Keputusan Ujian Formatif
8
Rajah 2
Markah Ujian Pra
10
Rajah 3
Peratus Bilangan Murid Mengikut Julat Markah
12
Rajah 4
Perbezaan Markah Ujian Pra Dan Ujian Pasca
17














Senarai Lampiran
Bil
Judul Jadual
Muka
surat
Lampiran A
Jadual Perlaksanaan Kajian
23
Lampiran B
Aktiviti 1: Cuba Tunjuk Jawapan Anda
24
Lampiran C
Aktiviti 2: Matching Card
25
Lampiran D
Contoh Borang Soal Selidik
26
Lampiran E
Ujian Bulanan/Formatif
27
Lampiran F
Ujian Pra
28
Lampiran G
Ujian Pasca
29






























MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENUKAR UNIT DALAM TOPIK JISIM KEPADA 14 ORANG MURID TAHUN 4 CERDIK

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid Tahun 4 Cerdik dalam menyelesaikan soalan yang melibatkan penukaran unit dalam Topik Jisim yang mana berpunca daripada masalah sukar menentukan unit yang mana nilainya lebih besar atau unit yang mana nilainya lebih kecil. Seramai 14 orang murid Tahun 4 Cerdik dan 1 orang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan dengan menggunakan ujian formatif sebagai indikator. Hasil tinjauan menunjukkan 14 orang murid ini tidak dapat menukarkan unit gram kepada kilogram atau sebaliknya iaitu kilogram kepada gram dengan tepat. Kesilapan yang dilakukan adalah murid mendarab unit gram dengan 1000 untuk menukarkannya kepada unit kilogram, sedangkan untuk menukarkan unit gram kepada kilogram murid sepatutnya membahagikan unit gram tersebut dengan 1000 untuk mendapatkan unit kilogram yang betul. Kesilapan yang sama turut dilakukan semasa murid menukarkan unit kilogram kepada unit gram di mana murid membahagi unit kilogram dengan 1000 sedangkan untuk menukar unit kilogram kepada gram murid sepatutnya mendarab dengan 1000. Di sini murid menghadapi kekeliruan menentukan unit mana yang mempunyai nilai yang besar atau kecil. Teknik pengajaran menggunakan permainan “Cuba Tunjuk Jawapan Anda” dan “Matching Card” menjelaskan hubungan di antara unit dalam topik jisim. Keputusan ujian pasca telah menunjukkan peningkatan prestasi dalam menyelesaikan soalan berkaitan dengan penukaran unit. Dapatan temu bual dan soal selidik juga menunjukkan bahawa murid-murid sudah bertambah yakin untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan penukaran unit dalam topik jisim.




















1.0      Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang Lalu

Murid-murid Tahun 4 Cerdik merupakan murid-murid yang mempunyai aras pengetahuan dan kebolehan yang agak sederhana dalam menguasai pembelajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam kelas. Walau bagaimana pun segelintir daripada mereka ini agak lembab atau perlahan dalam menerima sebarang pengajaran yang disampaikan oleh guru. Sudahlah begitu, murid-murid yang sama pula sering menunjukkan tingkah laku yang kurang disenangi oleh guru-guru ketika masuk mengajar dalam kelas mereka, seperti suka bersembang semasa guru mengajar, selalu menyampuk perkara yang di luar topik, selalu ke tandas dan membuat kerja sendiri semasa guru mengajar. Murid yang sama juga kurang bermotivasi untuk belajar dan murid-murid ini jugalah yang kerap ponteng sekolah. Hanya sebahagian kecil murid sahaja yang menunjukkan minat dan potensi untuk maju dalam pelajaran matematik. Memang menyedihkan dan selalu membuat guru-guru yang masuk mengajar mengeluh setelah tamat sahaja sesi pengajaran dan pembelajaran. Ada di antara guru-guru berkata bahawa mereka malas masuk kelas tersebut, kalau masuk pun kadang-kadang tidak dapat mengajar kerana banyak berleter di sebabkan oleh perangai mereka.
          Bagi saya sendiri, guru-guru Matematik merasakan bahawa murid-murid tersebut perlukan perhatian dan masalah yang mereka hadapi perlu dibendung agar mereka juga dapat menikmati pengajaran dan pembelajaran yang bermakna. Setelah meneliti kesungguhan serta pencapaian mereka semasa mempelajari topik-topik awal seperti Nombor Bulat, Operasi Tambah, Tolak, Darab dan Bahagi, Pecahan, Perpuluhan, Peratus, Masa dan waktu dan Wang, proses pengajaran dan pembelajaran agak menyakinkan dan memberangsangkan. Keputusan Peperiksaan Penggal pertama serta Ujian Bulan Ogos yang baru lalu juga memuaskan dan sesuai dengan tahap kebolehan mereka. Walau bagaimanapun, setelah masuk ke tajuk Sukatan dan Ukuran di mana melibatkan penukaran unit terutama dalam Topik Jisim, gaya pembelajaran mereka berubah jadi perlahan. Daripada 26 orang murid, 12 orang sahaja yang telah menguasai kemahiran menukarkan unit sedangkan 14 orang lagi belum menguasai atau gagal menguasai kemahiran yang sama. 14 orang murid ini mendapat markah 40% ke bawah.
          Kami berfikir bahawa, kaedah penerangan bersama contoh, aktiviti kumpulan dan penekanan beserta penyertaan pelajar dan latihan yang diberikan di dalam kelas sudah memadai dan cukup untuk murid-murid menguasai konsep ini. Namun demikian, sangkaan ini meleset apabila mendapati hampir separuh darpada murid-murid masih belum dapat menguasai kemahiran yang melibatkan penukaran unit. Ini terbukti daripada keputusan Ujian Formatif yang telah dijalankan kepada murid-murid Tahun 4 Cerdik pada 11 April 2013  yang baharu lepas. Daripada 26 orang murid Tahun 4 Cerdik, 12 orang sahaja yang melepasi tahap yang diingini manakala 14 orang murid lagi mencapai markah rendah jauh dari apa yang diharapkan. Mereka tidak dapat atau sukar menukarkan unit dengan betul. Ini membuatkan saya sangat teruja untuk mengkaji permasalahan ini. Dan ini menjadi tajuk kajian tindakan yang saya jalankan.


2.0        Isu Keperihatinan/ Fokus Kajian
Kajian yang dilaksanakan ini adalah berfokuskan atau menjurus kepada masalah penukaran unit dalam Topik Jisim. Setelah diselidiki, didapati faktor yang menyebabkan murid menghadapi masalah menukarkan unit ialah pertama, murid-murid beranggapan bahawa unit gram merupakan unit yang nilainya lebih besar berbanding dengan unit kilogram berdasarkan kepada bilangan digit (1000 g > 1 kg). Kedua, kemahiran menukarkan unit adalah perkara baru bagi mereka kerana semasa di Tahap 1 mereka belum mempelajari kemahiran ini dengan terperinci. Mereka hanya diajar atau didedahkan dengan unit metrik asas bagi tajuk-tajuk di bawah Sukatan dan Ukuran. Oleh yang demikian, masih ramai murid yang terkapai-kapai disebabkan tidak ada pengetahuan sedia ada (PSA) terhadap kemahiran ini hingga menyebabkan mereka gagal menjawab dengan betul soalan yang berkaitan semasa Ujian Formatif. Kajian ini adalah penting bagi 14 orang murid yang terlibat untuk membina pengetahuan dan kemahiran menukarkan unit secara latih tubi menggunakan permainan “Cuba Tunjuk Jawapan Anda” dan “Matching Card”.

3.0        Objektif Kajian
Setelah kajian ini selesai dilaksana, semua murid yang terlibat diharapkan dapat mencapai tujuan berikut:

3.1      Objektif Umum
Meningkatkan kemahiran mereka menukarkan unit dalam Topik Jisim sekaligus membina keyakinan diri mereka supaya dapat menguasai kemahiran asas Matematik untuk membantu mereka mencapai keputusan yang lebih baik dalam mata pelajaran Matematik.

3.2      Objektif Khusus
1.       Membantu meningkatkan kemahiran murid untuk mengenalpasti hubungan antara unit-unit yang terdapat dalamTopik Jisim;
2.       Membantu meningkatkan pemahaman/penguasaan murid terutama semasa penukaran unit dalam Topik Jisim;
3.       Membantu murid supaya dapat mencapai keputusan yang lebih baik/cemerlang, dan
4.       Mempelbagaikan kaedah pengajaran guru supaya proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan lebih bermakna dan berkesan.

4.0        Persoalan Kajian
1.       Bagaimana meningkatkan pemahaman murid dalam mengenalpasti
hubungan antara unit kilogram dan gram?
2.       Bagaimana meningkatkan penguasaan murid dalam penukaran unit dalam Topik Jisim?
3.       Adakah murid-murid berjaya mencapai keputusan yang lebih baik selepas menggunakan teknik permainan “Cuba Tunjuk Jawapan Anda” dan “Matching Card”?
4.       Adakah kaedah atau teknik yang digunakan berkesan dalam proses Pengajaran dan pembelajaran?

5.0        Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 14 orang murid Tahun 4 Cerdik yang terdiri daripada:
Lelaki            : 12 orang
Perempuan    : 2 orang

6.0      Pelaksanaan Kajian
6.1      Tinjauan Masalah
Dalam pelaksanaan kajian ini, kami telah melakukan beberapa langkah seperti berikut:



6.1.1  Menganalisis Markah Ujian Formatif
Kami telah memeriksa kesemua 26 kertas jawapan yang telah diselesaikan oleh murid-murid Tahun 4 Cerdik untuk
mengenalpasti murid yang bermasalah. Dan daripada 26 orang murid tersebut, maka kami mendapati 14 orang murid lagi yang tidak dapat menjawab dengan betul soalan berkaitan dengan penukaran unit dalam Topik Jisim.

6.1.2  Pemeriksaan Jawapan dalam Buku Tulis/Kerja Murid
Setelah selesai memeriksa kertas jawapan Ujian Formatif, dan telah mengenalpasti murid yang perlu diberi bimbingan, maka buku tulis/kerja 14 orang murid tersebut pula disemak untuk mengesahkan permasalahan mereka.

6.1.3  Ujian Pra
Kami telah menjalankan ujian pra ke atas 17 orang murid yang dikenalpasti, iaitu menukarkan unit gram kepada kilogram dan sebaliknya dari kilogram kepada gram dengan tujuan mengenalpasti kesilapan ketika menjawab soalan.

6.1.4  Temu Bual dengan Murid-Murid
Temu bual telah dijalankan secara rawak seramai 5 orang untuk mengenalpasti masalah-masalah lain yang dihadapi.

6.1.5  Soal Selidik
Kami juga telah mengedarkan kertas soal selidik untuk mendapat kepastian pada masalah yang dihadapi.


6.1.6  Pemerhatian
Pemerhatian dilakukan oleh pengkaji semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dari segi sikap, tingkah laku dan penglibatan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

6.2      Analisis Tinjauan Masalah
6.2.1  Ujian Formatif
Analisis markah 14 orang murid Tahun 4 Cerdik dalam Ujian Formatif adalah seperti berikut:


Jadual 1 Analisis Keputusan Ujian Formatif

Bil
Nama Murid
Markah( /40)
Peratus (%)
1
A
10
25
2
B
6
15
3
C
8
20
4
D
9
23
5
E
6
15
6
F
11
28
7
G
7
18
8
H
5
13
9
I
2
5
10
J
8
20
11
K
12
30
12
L
10
25
13
M
11
28
14
N
3
8

*Nama murid adalah disusun mengikut abjad



Rajah 1 Keputusan Ujian Formatif

Daripada analisis yang dijalankan (rujuk Rajah 1 di atas), kesemua 14 orang murid Tahun 4 Cerdik mendapat markah 40% ke bawah atau mendapat Gred D dan E. Ini telah menguatkan lagi usaha kami untuk menjalankan kajian ini untuk membantu murid-murid yang telah dikenalpasti.

6.2.2  Pemeriksaan Jawapan dalam Buku Tulis/Kerja Murid
Semua buku latihan murid yang terlibat telah dikumpulkan dan cara mereka menjawab soalan yang melibatkan pertukaran unit dalam topik Jisim telah diperhatikan. Di dapati bahawa mereka tidak dapat melakukan penukaran unit dengan betul.

6.2.3  Ujian Pra
Satu Ujian Pra telah dilaksanakan pada awal pelaksanaan Kajian Tindakan ini di mana soalan ujian pra merangkumi jenis soalan yang melibatkan penukaran unit dalam topik Jisim dalam pelbagai tahap kesukaran iaitu mudah, sederhana dan sukar.
Ujian pra ini dilaksanakan untuk menentukan keberkesanan aktiviti yang dirancang untuk kajian ini. Sebanyak 10 soalan disediakan dan mesti dijawab dalam masa 30 minit. Markah diberi mengikut langkah yang betul dan jawapan akhir yang tepat. Semua langkah pengiraan mereka haruslah ditunjukkan. Hasil keputusan daripada ujian pra ini telah digunakan sebagai dokumen Kawalan bagi melihat keberkesanan teknik yang diperkenalkan


Jadual 2 Bilangan Soalan Mengikut Tahap Kesukaran


SOALAN UJIAN PRA

Tahap Kesukaran
No.Soalan
Bilangan Soalan

Mudah

1, 2, 3

3

Sederhana

4, 5, 6

3

Sukar

7, 8, 9, 10

4



Berikut pula ialah analisis tinjauan berdasarkan hasil keputusan ujian pra yang dilaksanakan bagi menyokong dapatan pemerhatian yang dilaksanakan:

Jadual 3 Keputusan Ujian Pra

Murid
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
Markah
(  /10)
4
3

3

2
4
2
2
3

1

2
3
1
2
2



Rajah 2 Markah Ujian Pra
                                                            


6.2.4  Temu Bual dengan murid-murid
Saya telah menemubual semua murid dari kelas yang diajar oleh saya mengenai tajuk Timbangan Jisim, didapati kebanyakkan daripada mereka memahami maksud pertukaran unit secara buat dan lihat, tetapi mereka memberitahu mereka lupa dan tidak tahu untuk membuat dalam menjawab soalan

6.2.5  Soal Selidik
Borang soal selidik akan diedarkan kepada semua 14 orang murid untuk mendapatkan maklumat dan maklum balas terhadap setiap aktiviti yang dilaksanakan dalam tempoh kajian tindakan. Borang soal selidik dinilai menggunakan Skala Likert. (Sila Rujuk Lampiran A untuk contoh borang soal selidik)




Jadual 4 Hasil Dapatan daripada Borang Soal Selidik

Bahagian A Minat terhadap Matematik


1
2
3
1
Saya menyukai mata pelajaran matematik sejak kecil.
2
5
7
2
Saya dapat meningkatkan motivasi diri apabila belajar matematik.
3
4
7
3
Saya menyediakan jadual waktu untuk belajar matematik setiap hari.
7
2
5
4
Saya rasa seronok apabila dapat menjawab soalan matematik dengan betul.
  0
5
9
5
Bagi saya matematik sangat mudah sekiranya memahami konsep.
5
0
9
6
Saya dapat mendisiplinkan diri saya apabila mempelajari matematik.
3
6
5
7
Matematik membantu saya kerana tidak perlu menghafal fakta.
4
5
5
8
Matematik membantu saya cara berfikir untuk menyelesaikan masalah.
6
3
5
9
Saya di beri peluang untuk meneroka ilmu baru matematik di dalam kelas.
4
1
9
10
Saya  rasa seronok apabila memasuki kelas matematik
1
4
9

Bahagian B Minat terhadap Latihan Matematik.


1
2
3
11
Saya suka membuat latihan matematik kerana dapat meningkatkan kemahiran saya.
2
6
8
12
Saya suka membuat latihan matematik di waktu lapang.
6
4
4
13
Ibubapa saya mendorong / mebimbing saya dalam membuat latihan matematik.
5
3
6
14
Saya buat latihan matematik yang kerap dapat meningkatkan markah saya dalam peperiksaan.
2
4
8
15
Saya suka membuat latihan matematik bersama rakan-rakan.
1
8
5
16
Saya suka membuat latihan matematik disebabkan pengaruh rakan-rakan.
2
4
8
17
Setiap  kali saya membuat  latihan matematik saya  rasa puas hati apabila menyelesaikan tugas saya.
2
8
4
18
Saya akan cuba dapatkan latihan matematik melalui blog dan website.
9
3
2
19
Melalui latihan matematik, saya dapat meneroka ilmu baru.
4
6
4
20
Saya dapat mengenalpasti kelemahan saya dalam matematik melalui latihan yang saya
selesaikan.
1
4
9

Hasil soal selidik
Berdasarkan kepada skala Likert di Bahagian A, didapati bahawa 50% murid Amat Setuju meminati matematik, 25% murid Setuju dan 25 % lagi Amat Tidak Setuju. Manakala dalam Bahagian B yang menjurus kepada minat murid terhadap latihan matematik, 41% Amat setuju, 35% Setuju dan 24% Amat Tidak Setuju.





6.2.6  Pemerhatian

Rajah 3 Peratus Bilangan Murid mengikut Julat Markah

Melalui keputusan Ujian Pra, di dapati keputusan yang diperolehi oleh murid amat tidak memuaskan kerana hampir separuh daripada 14 orang murid tidak mendapat markah 5 ke atas iaitu sebanyak 8% murid mendapat 4 markah daripada 10 markah penuh. 25% mendapat 3 markah, 50% mendapat 2 markah dan 17% mendapat 1 markah sahaja. Lebih menyedihkan tiada seorang murid pun berjaya memperolehi markah melebihi 50%.

6.2.7  Refleksi  
Maklumat yang diperolehi ini jelas menunjukkan murid yang dipilih menyertai Kajian Tindakan ini amat tidak mampu menjawab soalan yang diberikan walaupun soalan yang diberikan adalah dari tahap kesukaran yang mudah dan sederhana. Kelemahan murid ini tidak boleh dibiarkan dan perlu diberikan pemulihan yang sewajarnya.

6.3      Melaksanakan Tindakan
Sebelum tindakan intervensi dilaksanakan, guru telah menerangkan kepada semua murid yang terlibat tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tempoh kajian ini akan diadakan. Guru juga menerangkan kembali konsep Buat dan Lihat iaitu murid perlu melihat tunjukcara yang dilakukan oleh guru sama ada soalan itu mudah atau sukar. Murid haruslah mengikuti susunan dan teknik yang diajar oleh guru sebelum murid menjawab soalan yang diberikan. ( Rujuk Lampiran A – Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan )

Berdasarkan tinjauan masalah dan analisis tinjauan masalah, tindakan berikut telah dirancang dan dilaksanakan iaitu :
1.    Cuba Tunjuk Jawapan Anda
2.    Matching Card

6.3.1        Aktiviti 1 Cuba Tunjuk Jawapan Anda
1.    Aktiviti ini merangkumi soalan pertukaran unit dari tahap sukar kepada mudah.
2.    Setiap murid diberikan satu set soalan ( Rujuk Lampiran  B ) dan diberi masa 15 minit untuk menjawab soalan tersebut.
3.    Guru meminta murid menunjukkan jawapan di papan putih dan mesti menerangkan kepada kelas bagaimana murid tersebut mendapat jawapan.
4.    Guru telah meminta murid mencabut nombor soalan untuk ditunjukkan di papan putih. Murid yang dapat menjawab dengan betul dan mempunyai langkah yang lengkap diberi satu mata manakala satu mata akan ditolak jika terdapat kesalahan jawapan.

Pemerhatian Aktiviti 1
Murid kelihatan amat berminat dengan aktiviti yang dilaksanakan kerana aktiviti ini tidak memerlukan murid menjawab soalan yang banyak, kerana mereka hanya akan menerima satu set soalan yang mengandungi 15 soalan dan wajib menjawab 10 sahaja mengikut soalan yang murid pilih sendiri. Jadi melalui aktiviti ini mereka diberikan kebebasan untuk mencuba menjawab soalan yang mereka ingini sahaja. Mereka juga mempunyai masa yang bebas untuk memikirkan jawapan yang tepat.
Melalui aktiviti ini juga murid nampak terlalu cenderung untuk menjawab soalan kerana ingin mengumpul mata yang banyak. Aktiviti ini juga banyak memberi peluang kepada murid berinteraksi di hadapan kelas. Semua murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti ini dan mereka berjaya menjawab soalan yang diberi dengan betul.

Refleksi Aktiviti 1
Murid ternyata berminat dengan aktiviti yang dilaksanakan kerana mereka dapat memilih soalan yang hendak dijawab secara bebas. Murid-murid tidak mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan yang diberikan. Mereka merasa seronok kerana berjaya menjawab soalan pertukaran unit gram kepada kilogram dan kilogram kepada gram dengan tepat di papan putih mengikut tunjukcara yang pernah guru terangkan sebelum ini. Semua murid diberi pujian dan tepukan setiap kali mereka berjaya menerangkan dengan tepat kepada semua murid dan guru.





6.3.2  Aktiviti 2  Matching Card
1.       Aktiviti ini merangkumi soalan dari tahap kesukaran, sederhana dan mudah.
2.       Guru akan menerangkan terlebih dahulu contoh-contoh latihan yang melibatkan nombor pertukaran unit yang sukar untuk murid dapat fahami sebelum melaksanakan aktiviti ini.
3.       Aktiviti ini adalah secara berpasangan. Pasangan pertama akan memegang kad jawapan dan pasangan kedua akan memegang kad soalan. ( Rujuk Lampiran C )
4.       Jika pasangan ini dapat memadankan soalan dengan jawapan yang tepat mereka akan mendapat satu mata. Jika padanan adalah salah mereka akan dipotong mata.
5.       Setiap pasangan akan memadankan jawapan dan soalan sebanyak 20 padanan.

Pemerhatian Aktiviti 2
Perjalanan aktiviti ini ternyata sangat menyeronokkan walaupun mengambil masa yang agak panjang. Semua murid kelihatan gembira dan seronok semasa melakukan aktiviti ini kerana setiap kali mereka berjaya memadankan jawapan dan soalan mereka akan mendapat mata. Setiap pasangan murid mencuba untuk menjawab semua soalan dengan baik agar mereka berpeluang meneka dengan tepat dan dapat mata terkumpul. Setiap pasangan bersaing secara adil dan positif.

Refleksi Aktiviti 2
Aktiviti ini ternyata mampu menarik minat murid supaya mencuba untuk menjawab soalan dengan tepat dan ini membantu mereka menghilangkan rasa bosan semasa belajar kerana mereka perlu melaksanakan latihan secara individu. Aktiviti ini amat sesuai diaplikasikan dalam semua jenis topik atau apa jua mata pelajaran supaya murid dapat menumpukan sepenuh perhatian semasa belajar.

7.0      Penilaian
Penilaian terhadap kejayaan kajian ini adalah berdasarkan perbandingan markah yang telah diperolehi daripada ujian pasca dan ujian pra yang telah dijalankan kepada 14 orang murid sasar ini. Soalan yang dikemukan dalam kedua-dua ujian ini sebenarnya adalah soalan yang hampir sama sahaja. Perbandingan skor dibuat di antara kedua-duanya dan ditunjukkan seperti dalam jadual berikut:

Jadual 5 Perbandingan Markah antara Ujian Pasca dan Ujian Pra

BIL
Nama Murid
Markah Ujian
Peningkatan
Pra
Pasca
1
A
40
70
+30
2
B
30
50
+20
3
C
30
60
+30
4
D
20
50
+30
5
E
40
80
+40
6
F
20
40
+20
7
G
20
50
+30
8
H
30
50
+20
9
I
10
40
+30
10
J
20
60
+40
11
K
30
50
+20
12
L
10
40
+30
13
M
20
60
+40
14
N
20
50
+30

Kepelbagaian aktiviti dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan penukaran unit dalam topik Jisim telah banyak membantu dalam meningkatkan penguasaan murid terhadap kemahiran tersebut. Ini telah menunjukkan impak yang sangat baik dan berkesan. Keadaan ini boleh dilihat pada perbandingan skor markah bagi ujian pra dan ujian pasca yang telah dijalankan dalam melaksanakan kajian ini seperti dalam jadual di atas dan carta berikut:
Rajah 4 Perbezaan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

Berdasarkan kepada graf di atas, peningkatan prestasi yang positif dapat dilihat hasil daripada kaedah-kaedah yang dijalankan.

8.0      Refleksi Kajian
Keberkesanan tindakan ini sangat bergantung kepada tindakan secara menyeluruh dalam melaksanakan kaedah-kaedah yang telah dirancang. Kepelbagaian kaedah dalam penyampaian pembelajaran akan membantu untuk meningkatkan lagi pemahaman dan pengukuhan murid dalam kemahiran yang dinilai. Sekiranya tiada kepelbagaian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kita, sudah tentu akan ramailah murid yang lemah disebabkan kurang memahami konsep dalam sesuatu kemahiran yang dipelajari. Murid juga akan berasa bosan dan menganggap Matematik sebagai subjek yang susah dan membosankan. Keberkesanan kaedah ini dapat dilihat melalui graf pencapaian di atas yang menunjukkan peningkatan sehingga 40%.

Refleksi
Tindakan Kami
          Dalam menghasilkan tugasan ini, memang tidak dinafikan bahawa ianya memerlukan komitmen yang tinggi dan memerlukan masa yang secukupnya dan pengurusan yang sistematik. Apa yang kami dapati, usaha yang berterusan penting untuk memantapkan lagi hasil kajian ini. Berikut adalah tindakan yang telah kami lakukan sepanjang membuat tugasan ini.
v  Mencari bahan rujukan yang berkaitan.
v  Berbincang dengan fasilitator dan rakan sekumpulan mengenai tajuk dan topik yang dipilih dan membuat catatan.
v  Berbincang dengan rakan lain lagi untuk memantapkan lagi hasil tugasan ini.
v  Membuat draf berkaitan dengan pencapaian murid dalam ujian.
v  Mencari dan menyesuaikan penerapan nilai-nilai dan kaedah bersesuaian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
v  Memilih rancangan pengajaran yang sesuai untruk kelas bimbingan matematik bagi membantu murid untuk mengatasi kelemahan yang ada.
v  Menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai bagi menarik perhatian murid.
v  Menaip hasil dapatan dengan menggunakan komputer.




Apakah yang saya perolehi:
Banyak perkara yang telah kami perolehi hasil daripada kajian ini sepanjang penyelidikan yang telah saya buat, antaranya ialah;
v  Jadual tindakan perlu ada untuk memastikan perjalanan kajian mengikut masa yang telah ditatapkan.
v  Kemahiran berkomunikasi dan interaksi dengan fasilitator dan rakan-rakan, pihak sekolah, pihak luar dan murid-murid.
v  Kemahiran membuat rujukan dan mencatat.
v  Membuat draf berdasarkan topik yang dipilih.
v  Seseorang itu perlu membuat keputusan dengan tepat, betul dan bijak dalam pemilihan tahap pencapaian murid.
v  Seseorang itu perlu bersedia lebih awal sebelum masuk ke kelas untuk mengajar contohnya menyediakan bahan bantu mengajar yang mencukupi.
v  Memastikan rancangan harian mengajar yang dihasilkan lengkap, terancang dan tersusun.
v  Aktiviti yang dijalankan harus mengikut tahap kebolehan murid agar semua murid dapat dilibatkan dan melibatkan diri dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
v  Seseorang guru harus memulakan pengajarannya dengan menggunakan set induksi yang menarik minat murid untuk belajar dan mengaitkan dengan isi pelajaran.
v  Guru harus memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan luar.



Apakah kelemahan saya
Setelah meneliti beberapa aspek dan komen dari rakan-rakan dan fasilitator, terdapat beberapa kelemahan yang ketara sepanjang menyediakan kajian ini. Antaranya ialah ;
v  Dalam sesi pengajaran penerapan nilai kurang ditekankan.
v  Sukar memilih rancangan pengajaran harian kerana banyak perkara yang harus dipertimbangkan.
v  Sukar untuk menentukan dan memilih bahan bantu mengajar yang sesuai.
v  Pemilihan topik sukar dilakukan kerana terdapat juga topik lain yang harus dipertimbangkan semasa membuat keputusan.

Bagaimana Mengatasi Masalah Tersebut
Berdasarkan kepada beberapa aspek yang diambil kira dan perbincangan dengan rakan-rakan dan fasilitator serta pihak sekolah, terdapat banyak input yang diperolehi dan ini secara tidak langsung dapat digunakan untuk memperbaiki kelemahan yang ada.  Berikut adalah cara mngatasi masalah tersebut :
v  Saya lebih berhati-hati dalam membuat set induksi kerana ia merupakan aspek yang penting untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran mendapat perhatian yang selebihnya daripada murid.
v  Mengenalpasti bahan bantu mengajar yang sesuai untuk menarik minat murid.
v  Memperbaiki rancangan pengajaran harian agar kelihatan lebih teliti dan teratur.
v  Mengenalpasti tahap kebolehan murid dalam topik yang diajar mengikut aras yang digunakan.

Apakah Perasaan Saya
v  Gembira kerana akhirnya tugasan ini dapat dihasilkan walaupun dalam keadaan yang tidak membenarkan saya berjumpa sesama rakan seperjuangan.
v  Berterima kasih kepada failitator dan rakan-rakan yang terlibat kerana saling memberi pendapat dan teguran yang membina untuk memperbaiki kelemahan yang ada.
v  Bersyukur kerana perancangan yang dibuat membuahkan hasil yang diharapkan.

Cadangan Kajian Seterusnya
Prestasi murid-murid yang terlibat dalam kajian menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Mereka telah memahami konsep penukaran unit dalam Topik Jisim yang telah dilatih melalui dua kaedah iaitu “Cuba Tunjuk Anda Punya” dan “Matching Card”. Kaedah ini akan dikembangkan kepada kelas yang lain dan harus digunapakai apabila memasuki topik Jisim. Guru akan sentiasa  menggunakan kaedah ini untuk mengekalkan kemahiran serta kecekapan murid-murid.di samping itu dengan menggunakan pelbagai kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran aktiviti menjadi lebih menarik.








RUJUKAN
Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis Panduan Kursus Penyelidikan Tindakan  untuk Maktab/ Institut Perguruan Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia
Chuah Kim Hwa. (2007). Teknik Pengumpulan Data Kualitatif Penyelidikan
Tindakan. Bahasa Kursus/ Bengkel Penyelidikan Tindakan Peringkat Asas
(Fasa ii) Tahun 2007 di bawah Kursus Pendek Kelolaan Institut, Institut Perguruan Batu Lintang, 9-11 Mei 2007 di Pusat Kegiatan Guru, Sri Aman.

Chuah Kim Hwa. (2010). Buku Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Bahasa Melayu
Pendidikan Rendah Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun 2010, 7 & 8 Oktober 2010. Kuching, Sarawak: Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

Cohen, L. & Manion, L. (1994). Research Methods in Education (Ed. Keempat).
London: Routledge.

Elliott, J. (1978). What is Action Research in Schools? Dalam Action Research
Reader, (1988) (Ed. Ketiga). Victoria, Australia: Deakin University Press.

Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM). (2009). Pro
Forma Penyelidikan Tindakan I dan II (Bahasa Melayu Pendidikan Rendah). Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The Action Research Planner (Ed. Ketiga).
Victoria, Australia: Deakin University.

Merriam, S. B. (2009). Qualitative Research: A Guide to Design and Implementation.
San Francisco: Jossey-Bass.












LAMPIRAN A
Jadual Perlaksanaan Kajian
Bil
Aktiviti
Tarikh
catatan
1
Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal
11.04.2013
Ujian Formatif
2
Membincangkan dan menganalisis masalah yang timbul dalam tindakan 1.
11.04.2013
Analisis Ujian Formatif
3
Menulis proposal kajian
11.04.2013

4
Pembentangan proposal yang hendak dijalankan (personal)
13.04.2013

5
Analisis data
15.04.2013

6
Merancang tindakan
17.04.2014

7
Ujian Pra
18.04.2013

8
Kumpul dan analisis data
19.04.2013

9
Perlaksanaan kaedah “Sila Tunjuk Anda Punya” dan “Matching Cards”
22.04.2013

10
Ujian Pasca
25.04.2013

11
Kumpul dan analisis data
25.04.2013

12
Refleksi kajian
30.04.2013

13
Menulis laporan kajian
01.05.2013
















LAMPIRAN B
Aktiviti 1: Cuba Tunjuk Jawapan Anda
Tukarkan unit jisim berikut.

1


2


1200 gram = ______kg





2000 gram = ______kg




3


4


3500 gram = ______kg





5750 gram = ______kg




5


6


6.1 kg = ________g





8.02 kg = _________g




7


8


1 kg = _________g





9.0 kg = _________g




9


10


2 kg 100 g = ________g





5 kg 200 g =__________kg





LAMPIRAN C
Aktiviti 2:  Matching Card

1.0 kg



3000 g




3.0 kg



4300 g




4.3 kg



1000 g




2.5 kg



6320 9




5.2 kg



8190 g




6.32 kg



9990 g




7.02 kg



2500 g




8.19 kg



7020 g




9.99 kg



5200 g


LAMPIRAN D

Contoh Borang Soal Selidik
Arahan : Tandakan ( / ) pada jawapan anda berdasarkan skala 1, 2 dan 3.
Skor nilai
Skor
Amat Tidak Setuju (ATS)
1
Setuju (S)
2
Amat Setuju (AS)
3

Bahagian A: Minat terhadap Matematik


1
2
3
1
Saya menyukai matapelajaran matematik sejak kecil.



2
Saya dapat meningkatkan motivasi diri apabila belajar matematik.



3
Saya menyediakan jadual waktu untuk belajar matematik setiap hari.



4
Saya rasa seronok apabila dapat menjawab soalan matematik dengan betul.



5
Bagi saya matematik sangat mudah sekiranya memahami konsep.



6
Saya dapat mendisplinkan diri saya apabila mempelajari matematik.



7
Matematik membantu saya kerana tidak perlu menghafal fakta.



8
Matematik membantu saya cara berfikir untuk menyelesaikan masalah.



9
Saya di peluang untuk meneroka ilmu bru matematik di dalam kelas.



10
Saya  rasa seronok apabila memasuki kelas matematik




Bahagian B: Minat terhadap Latihan Matematik


1
2
3
11
Saya suka membuat latihan matematik kerana dapat meningkatkan kemahiran saya.



12
Saya suka membuat latihan matematik di waktu lapang.



13
Ibubapa saya mendorong / mebimbing saya dalam membuat latihan matematik.



14
Saya buat latihan matematik yang kerap dapat meningkatkan markah saya dalam peperiksaan.



15
Saya suka membuat latihan matematik bersama rakan-rakan.



16
Saya suka membaut latihan matematik disebabkan pengaruh rakan-rakan.



17
Setiap  kali saya membuat  latihan matematik saya  rasa puas hati apabila menyelesaikan tugas saya.



18
Saya akan cuba dapatkan latihan matematik melalui blog dan website.



19
Melalui latihan matematik, saya dapat meneroka ilmu baru.



20
Saya dapat mengenalpasti kelemahan saya dalam matematik melalui latihan yang saya selesaikan.







40





LAMPIRAN E

MATEMATIK TAHUN EMPAT
UJIAN BULANAN


Nama :_______________________________     Tahun 4:__________
Jawab semua soalan berikut.

A.      Tukarkan yang berikut kepada gram (g).

1.
1.6 kg
________________g
2.
2.5 kg
________________g
3.
4.9 kg
________________g
4.
3.8 kg
________________g
5.
4.1 kg
________________g
6.
4.8 kg
________________g
7.
7.1 kg
________________g
8.
2.7 kg
________________g
9.
8.4 kg
________________g
10.
9.2 kg
________________g

B.      Tukarkan yang berikut dalam unit kilogram (kg).

1.      2 700 g =___________kg                        6.        3 500 g =___________kg

2.      4 300 g =___________kg                        7.        6 000 g =___________kg

3.      5 500 g =___________kg                        8.        7 800 g =___________kg

4.      9 600 g =___________kg                        9.        1 200 g =___________kg

5.      6 500 g =___________kg                        10.      4 700 g =___________kg


LAMPIRAN F

Matematik Tahun Empat
Ujian Pra

Nama :___________________________               Tahun 4:__________


A.      Tukarkan ukuran yang berikut dalam unit gram.

g
 

1.
1.2 kg
=





g
2.
2.2 kg
=





g
3.
4.3 kg
=





g
4.
5.1 kg
=





g
5.
6.9 kg
=





g
6.
9.9 kg
=



B.      Tukarkan kepada unit kilogram (kg) dengan menunjukkan langkah penyelesaian.



5 700 g


 










6 900 g

8 200 g









7 250 g


LAMPIRAN G

Matematik Tahun Empat
Ujian Pasca
Nama :___________________________               Tahun 4:__________


2.       Tukarkan ukuran yang berikut dalam unit gram.

g
 

1.
1.3 kg
=





g
2.
2.4 kg
=





g
3.
3.3 kg
=





g
4.
4.5 kg
=





g
5.
7.7 kg
=





g
6.
12.1 kg
=



B.      Tukarkan kepada unit kilogram (kg) dengan menunjukkan langkah penyelesaian.



4 520 g


 










6 300 g

9 350 g









8 000 g

1 comment:

  1. terima kasih! Kajian tindakan ini telah membantu saya dalam membuat kerja kursus MTE saya!

    ReplyDelete