NAMA TUTOR E-LEARNING: NADIA AKMA BINTI AHMAD ZAKI
KRT
2013: TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH
TAJUK TUGASAN 1
APLIKASI
ICT- BINCANGKAN TIGA APLIKASI ICT YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH GURU DALAM
PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN APLIKASI OLEH MURID DALAM PEMBELAJARAN
MEREKA.
|
DISEDIAKAN
OLEH:
NAMA
|
NO 1D
|
NO
TELEFON
|
MARTIN BIN SIBIT
|
D20121061602
|
0178281089
|
Pengajaran Teknologi dan Pentaksiran
Isi kandungan
Portfolio
1.0 Pendahuluan 1
2.0 Perbincangan Umum – Aplikasi Penggunaan Ict
Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Subjek Bahasa Melayu Di
Dalam Kelas 1
2.1 Kebaikan Pengajaran Berbantukan Ict Kepada Guru 3
2.2 Kebaikan Pengajaran Berbantukan Ict Kepada Murid 3
2.3 Gaya Pembelajaran 4
2.3.1 Teori Pembelajaran Berbantukan Ict 4
2.4 Kegunaan
Dan Kebaikan Microsoft Powerpoint 5
2.4.1 Reka Letak Dalam
Perisian Microsoft Powerpoint 6
2.4.1.1 Prinsip Reka
Letak CASPER 6
2.5 kegunaan Dan Kebaikan Microsoft Excel 8
2.6
Multimedia Dalam Pendidikan
8
2.7 Saranan Dan Cadangan Masa Hadapan 11
3.0 Kesimpulan 13
Rujukan 14
1.0
PENDAHULUAN
Sedasarwasa ini, perkembangan kurikulum yang
semakin kompleks memerlukan kemahiran pemikiran dan penaakulan yang tinggi agar
dapat diproses dengan teknologi multimedia merentasi pelbagai displin ilmu yang
ada pada dewasa ini. Penggunaan perisian
multimedia merupakan satu medium dan juga cara penyampaian pengajaran
konvensional kepada model baharu pengajaran dan pembelajaran berasaskan
pelajar. Menurut Sharifah Maimunah
(2003), Pengarah Pusat Perkembangan, menyatakan bahawa bermula daripada tahun
2003, mata pelajaran Sains dan Matematik telah diajar di dalam bahasa Inggeris. Justeru, dengan adanya teknologi maklumat
(ICT), ianya dapat memberikan satu kelebihan kepada pelajar mendalami ilmu
pengetahuan dan kemahiran kerana mereka dapat membuat pencarian ilmu tersebut
daripada pelbagai sumber yang kebanyakannya
ditulis di dalam Bahasa Inggeris.
Bidang pendidikan merupakan satu bidang yang
paling penting ke arah merealisasikan Wawasan 2020. Dalam konteks pendidikan negara pada dewasa
ini, ia merupakan suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pendidikan memainkan peranan penting bagi
menjana pertumbuhan ekonomi yang cergas, mempertingkatkan daya saing negara dan
menambah baik kualiti hidup penduduk sesebuah negara.
2.0
PERBINCANGAN UMUM – APLIKASI PENGGUNAAN ICT
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SUBJEK BAHASA MELAYU DI DALAM KELAS
|
Kajian yang dijalankan oleh Saad Al Kahtani
(1999) menunjukkan penggunaan komputer dalam pengajaran menulis karangan dapat
memberi kesan terhadap pencapaian pelajar.
Kekangan yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan
pengajaran berbantukan komputer meliputi aspek kursus peningkatan, pelajar yang
pelbagai kecerdasan, teknologi komputer yang sering berubah, masa yang diperlukan
untuk membuat persediaan pengajaran, dan sebagainya boleh memberi kesan
terhadap pengajaran. Stallard (1998)
pula menghuraikan faktor kebolehan guru dalam pengendalian komputer, penyediaan
bahan pengajaran dan strategi yang sesuai digunakan merupakan kekangan yang
sering dihadapi.
Dalam hal ini, perancangan dan persediaan
pihak pentadbir sekolah dalam menyediakan guru-guru agar benar-benar menguasai
kemahiran tersebut perlu dilakukan secara professional. Masalah dalam penggunaan komputer perlu dihadapi
dengan memberikan penekanan kepada penggunaan ICT dalam pengajaran sebagaimana
yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran.
Sukatan pelajaran Bahasa Melayu perlu dirujuk untuk melihat keperluan
menggunakan komputer dalam pengajaran. Selain itu, penekanan pengajaran secara
integrasi dalam mata pelajaran yang lain juga mampu untuk membantu pelajar
mahir dalam sesuatu tajuk (Hokanson & Hooper, 2004).
|
2.1 KEBAIKAN PENGAJARAN
BERBANTUKAN ICT KEPADA GURU
Proses pengajaran dan pembelajaran ICT
sememangnya dapat membantu memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas dan juga dapat mengurangkan beban tugas guru. Oleh itu, pembelajaran berbantu multimedia ini dapat menjadi sumber rujukan
dan motivasi kepada guru bagi membuat seterusnya menghasilkan inovasi pada
pengajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih difahami dan diikuti
oleh pelajar.
2.2 KEBAIKAN PENGAJARAN
BERBANTUKAN ICT KEPADA MURID
Pembelajaran berbantu multimedia dijangka
dapat meningkatkan prestasi murid-murid di samping memberi pendedahan kepada
guru dan pelajar terhadap penggunaan teknologi multimedia sebagai bahan bantu
mengajar. Dengan secara tidak langsung,
ianya dapat meningkatkan imej sekolah yang terlibat sebagai sebuah sekolah yang
memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan gemilang
serta lengkap dengan nilai intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI).
|
2.3 GAYA PEMBELAJARAN
Gaya pembelajaran merupakan satu set ciri-ciri
peribadi yang mempengaruhi bagaimana seseorang itu menerima, mengumpul dan
memproses maklumat. Semasa di dalam bilik
darjah, murid-murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn
(1974) berfokuskan kepada 18 elemen yang mampu mempengaruhi kebolehan belajar
seseorang murid. Justeru, kesemua 18
elemen tersebut dapat diklasifikasikan kepada 4 kategori iaitu persekitaran,
Emosional, Sosiologikal dan Fizikal.
Berikut merupakan prinsip Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn :
i)
Kebanyakkan individu mampu dan
boleh belajar;
ii)
Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu;
iii)
Gaya pembelajaran individu bertindak balas dengan iklim, sumber dan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran;
iv)
Dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian
dengan gaya pembelajaran, seseorang dapat mengoptimumkan proses
pembelajarannya.
2.3.1 TEORI PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN ICT
|
2.4 KEGUNAAN DAN KEBAIKAN Microsoft Powerpoint
Dasawarsa, terdapat pelbagai perisian yang
digunakan pada hari ini untuk membangunkan persembahan elektronik untuk
dijadikan bahan bantu mengajar kepada murid-murid. Antaranya adalah Microsoft Powerpoint. Merujuk kepada Shaifol (2004), penggunaan
media unsur animasi, grafik, audio, video dan teks dalam satu persembahan
pengajaran akan membuatkan sesuatu persembahan elektronik atau multimedia
tersebut menjadi lebih menarik minat murid, dapat memberi motivasi kepada
murid-murid dan juga guru dan mudah difahami oleh semua kelompok di sekolah.
Persembahan
Microsoft Powerpoint dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas dijalankan menerusi paparan slaid demi slaid menjadikan persembahan
multimedia boleh digunakan sebagai pelantar dalam membuat gerakkan animasi
tanpa ‘rendering’. Pada kebiasaannya, persembahan elektronik ini
biasanya digunakan sebagai preview di peringkat awal sebelum animasi
disusun. Tujuan gerakkan animasi ini
adalah bagi menilai gerakkan tanpa menggunakan proses rendering yang mengambil masa yang lama.
|
Oleh
yang demikian, penggunaan perisian persembahan elektronik digunakan secara
meluas dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Persembahan multimedia menerusi Microsoft
Powerpoint dalam pengajaran di dalam kelas menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik serta berkeupayaan mengilustrasikan idea-idea yang
sukar dan dapat memotivasikan murid-murid secara keseluruhannya.
2.4.1 REKA LETAK DALAM PERISIAN MICROSOFT Powerpoint
Reka letak dalam perisian persembahan
elektronik atau multimedia merupakan ilmu atau kemahiran yang digunakan bagi
meletakkan menyusun media pada paparan untuk membentuk satu persembahan yang
menarik. Keupayaan meletak dan menyusun
elemen media yang baik dan berkesan memberi kesan yang positif terhadap
persembahan.
2.4.1.1 Prinsip Reka Letak CASPER
Prinsip reka letak CASPER merupakan panduan
menyusun media seperti teks, grafik, animasi dan video pada sesuatu persembahan
yang dapat merangsang perhatian dan minat murid-murid di sekolah. Skrin yang diletakkan dengan media tanpa
dirancang menyebabkan persembahan multimedia yang kurang menarik. Prinsip reka letak CASPER adalah berdasarkan perkataan CASPER berikut :
|
i)
Contrast (Perbezaan yang Ketara)
Bagi menunjukkan perbezaan antara dua objek,
warna yang kontra bagi membezakan antara unsur dengan latar belakang paparan
bagi membezakan dua item yang berlainan.
Perbezaan font, objek besar dan kecil, garis halus dengan kasar, tekstur
licin dengan kasar, unsur mendatar dengan menegak, garis berjauhan dengan
berdekatan dan grafik kecil dan besar.
ii)
Alignment (Susunan Lurus)
Setiap item yang diletakkan dalam muka perisian
harus seimbang dengan muka perisisan agar kelihatan menarik.
iii)
Simplicity (Mudah)
Grafik dan animasi perlu ringkas dan dapat
merangsang pengguna untuk memahami maksud yang hendak disampaikan. Dengan kata lain, ianya dapat memudahkan
penerokaan dan merangsang pemikiran.
Pemikiran yang dipilih perlulah ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan
mudah difahami.
iv)
Proximity (Berhampiran)
Item yang digunakan dalam muka perisian harus
dikumpulkan pada satu kawasan. Item-item
yang berkaitan dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak terpisah-pisah.
v)
Emphasis (Penekanan)
Memberi penekanan terhadap perkara yang
dirasakan penting. Tidak digalakkan menggunakan terlalu banyak elemen
sampingan. Ini kerana, murid-murid akan
lebih tertumpu kepada elemen sampingan tersebut.
|
vi)
Repetition (Pengulangan)
Pengulangan menggunakan persembahan media yang
berlainan akan membantu pemahaman dalam kalangan murid-murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
2.5 KEGUNAAN DAN KEBAIKAN Microsoft Excel
Microsoft Excel juga dikenali sebagai Excel Workbook dengan file extension .xls. Setiap workbook terdiri daripada hamparan
kerja elektronik yang dikenali sebagai Excel
Worksheet. Bilangan hamparan atau
worksheet boelhd itambah dan setiap worksheet yang diaktifkan dengan cara
menekan tab worksheet berkenaan yang terdapat di bahagian bawah kiri paparan di
skrin. Hamparan atau worksheet Microsoft Excel merupakan
seperti sehelai kertas elektronik yang terbina bersama sebatang pensel, pemadam
dan mesin kira.
Microsoft
Excel sangat memberi nilai tambah dalam pengajaran di sekolah terutamanya bagi
subjek matematik. Guru inovatif akan
menggunakan pendekatan sedemikian sebagai bahan bantu mengajar.
2.6 MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN
Multimedia merupakan integrasi elemen-elemen
teks, audio, grafik, animasi, dan video dengan menggunakan komputer sebagai
alat persembahan untuk membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung secara signifikan. Reka
bentuk pengajaran dan pembelajaran berbantukan ICT merupakan satu disiplin tentang kefahaman dan penambahbaikan
proses pengajaran secara sistematik bagi memperolehi nilai tambah dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh seorang guru.
|
Menurut
Jamaluddin dan Zaidatun (2003), penggunaan perisian multimedia sudah semestinya
mendatangkan kebaikan kepada pelajar di dalam pendidikan. Penggunaannya dapat
mengatasi kelemahan serta masaalah yang dihadapi di dalam proses pengajaran
biasa di dalam kelas yang dilaksanakan secara tradisi. Ianya menjadi perangsang
kepada guru serta menjadi alat yang dapat membantu guru menyampaikan pengajaran
dengan berkesan.
Antara beberapa feadah pembelajaran dengan
menggunakan perisian multimedia adalah:
i)
Menyokong Pembelajaran Kendiri.
Penggunaan teknologi multimedia membolehkan
pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan
lebih berkesan. Murid-murid boleh
memilih masa, kandungan serta hala tuju pembelajaran mereka dengan kadar yang
cepat kerana program multimedia memberi peluang serta kebebasan
kepada pelajar untuk memilih maklumat yang digemari mengikut kebolehan
individu. Di samping itu, murid-murid berpeluang belajar tajuk yang susah
berulang kali sehingga pemahaman dicapai.
Pembelajaran berbantu multimedia sebagai salah
satu media pembelajaran dapat digunakan secara berkesan untuk memenuhi
keperluan pelajar yang berbeza dari segi keupayaan, intelek dan gaya
pembelajaran. Pembelajaran individu merupakan satu sistem pelbagai dan prosedur
pembelajaran yang fleksibel dimana pelajar diberikan tanggungjawab untuk
merancang dan melaksanakan pembelajaran mereka.
ii)
Membantu Menyelesaikan Masalah Guru Dalam
Pengajaran
|
iii)
Membantu Imaginasi Terhadap Perkara Abstrak
Elemen-elemen media yang terdapat dalam pengajaran
dan pembelajaran berasaskan multimedia seperti warna, muzik, animasi dan visual
boleh menambahkan realisme dalam pembelajaran secara latih tubi, ujikaji dalam
makmal, permainan simulasi dan sebagainya.
Dengan hal ini, elemen multimedia dapat
menerangkan sesuatu pengajaran yang kompleks menjadi mudah untuk difahami
dengan contoh-contoh yang sebenar yang tidak dapat diterangkan dengan
menggunakan teks.
iv)
Keseronokan Belajar dan Menjana Pemikiran
Pelajar
Menerusi pengunaan multimedia, ianya berbeza
dengan pengajaran dan pembelajaran biasa yang memperlihatkan guru membaca teks
di hadapan sambil pelajar mendengar. Penggunaan perisian
multimedia menjadikan pelajar lebih seronok belajar apabila perisian tajuk yang
digunakan menyelitkan animasi dan watak-watak tertentu yang dilakonkan mengikut
tema kurikulum subjek itu. Selain itu, penggunaan multimedia ini mampu
melahirkan pelajar yang mahir berfikir, kreatif dan kritis. Secara
keseluruhannya, ciri-ciri inilah yang diharapkan oleh pihak kementerian
pendidikan dalam menyediakan pelajar yang cemerlang.
|
2.7 SARANAN DAN CADANGAN MASA
HADAPAN
Penggunaan perisian multimedia sebagai modul
pengajaran dalam mata pelajaran adalah amat berkurangan. Hasil dari beberapa
kajian lepas, dapat membantu guru sebagai bahan bantu mengajar kerana ia dapat
meningkatkan motivasi dan pencapaian murid-murid tetapi ia tidaklah secara
menyeluruh kerana peningkatan prestasi murid-murid tidak meningkat 100%. Masih
terdapat banyak kekurangan yang boleh ditampung pada masa hadapan terutamanya
dari segi penyediaan modul multimedia dengan lebih terperinci.
Bagi tujuan penambahbaikan, penggunaan
perisian perlu diperluaskan agar pelajar dapat memahami konsep dengan lebih
jelas. Para guru juga haruslah membuat
lebih banyak penyelidikan bagi menyediakan bahan pembelajaran berbantukan
multimedia lebih menarik dan efisien. Guru-guru tidak hanya mengharapkan kepada
perisian yang sedia ada malah mampu membina sendiri perisian multimedia dengan
menggunakan perisian pengarangan multimedia seperti Macromedia Director, Microsoft Power Point dan sebagainya bagi
membantu pelajar memperolehi keputusan yang lebih cemerlang.
Dalam konteks pendidikan pada hari ini, guru
perlu didedahkan kepada idea baharu dan peluang dalam kerjaya profesion
keguruan mereka seperti menghadiri kursus ICT jangka pendek. Pihak sekolah juga perlu mengambil inisiatif
memajukan profesion keguruan dalam konteks penggunaan ICT dalam pendidikan agar
guru-guru yang berkhidmat di sekolah menerima transformasi dan kemajuan dalam
kerjaya profesion keguruan.
|
Seterusnya gabungan pengajaran guru berasaskan
teknologi maklumat dan komunikasi serta penerapan nilai murni semasa pengajaran
terutamanya semasa penerokaan ledakan sumber maklumat melalui Internet.
Pengajaran berbantukan komputer seperti
penggunaan perisian multimedia dalam sistem pembelajaran adalah berguna sebagai
satu alternatif selain pengajaran tradisional. Teknologi Multimedia adalah
teknik untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan terutamanya pada
murid-murid khasnya, di samping memotivasikan mereka. Bahan pengajaran seperti
perisian multimedia tidak boleh menggantikan tempat guru tetapi boleh digunakan
sebagai satu cara menarik minat murid-murid untuk belajar dengan lebih baik.
Kaedah pengajaran tradisional chalk and talk perlu diubah untuk
disesuaikan dengan kaedah mengajar menggunakan peralatan ICT seperti
menggunakan projektor LCD, komputer
dan persembahan PowerPoint. Teknologi maklumat menyediakan peluang kepada
golongan guru sekolah rendah untuk mempelajari sesuatu perkara dan kaedah baru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh
pihak guru termasuklah kekangan menghabiskan sukatan, sikap negatif guru,
kekurangan kemahiran, kekurangan prasarana dan bahan sokongan serta sumber
kewangan yang tidak mencukupi. Bagi mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi
oleh guru, pelbagai usaha perlu dilaksanakan supaya ICT dapat digunakan dengan sepenuhya disekolah. Bagi melaksanakan
pembaharuan ini, guru harus bersedia mengambil cabaran baharu dan
melaksanakannya di sekolah.
|
3.0 KESIMPULAN
Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa Teori Kecerdasan
Manusia sebagai satu medium untuk memupuk minda murid untuk mencapai
kecemerlangan dalam pelajaran. Teori ini
menyokong bahawa pendidikan seni mempunyai peranan yang penting dalam kurikulum
yang ada. Oleh yang demikian, seseorang
guru itu haruslah memberi galakan kepada murid-murid untuk mengenal potensi
diri masing-masing seterusnya menggunakan kelebihan yang ada dalam diri
mereka. Dalam konteks ini, guru harus
merancang aktiviti pembelajaran yang mempunyai variasi dan bersepadu bagi
memenuhi keperluan murid yang lebih mencabar ditambah lagi dengan persekitaran
yang memberikan inspirasi dan motivasi.
Pendidikan
hari ini tidak lagi hanya mengugnakan kapur tetapi lebih kepada teknologi
multimedia yang mampu meningkatkan kreativiti dan inovasi guru. Pendidikan tidak lagi hanya berada di bilik
darjah semata-mata tetapi guru dan murid boleh melangkah keluar bagi melihat
pengajaran dan pembelajaran yang serba baharu.
Berdasarkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dalam bukunya Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan 2006 menyatakan bahawa Misi Nasional dan Rancangan
Malaysia ke Sembilan telah menetapkan Pembagunan Minda insane kelas pertam
sebagai salah satu teras utama ke arah mencapai Wawasan 2020. Sistem pendidkan dan kurikulum skeolah telah
menerapkan teknologi dan maklumat ini dan berusaha maju serta memupuk minat di
samping memupuk minat dan mengukuhkan lagi sikap positif dalam kalangan murid
dan pelajar serta pendidik terhadap perkembangan teknologi maklumat ini. Teknologi dan perisian komputer ini bukan
sahaja membantu dalam pengurusan dan pentadbiran, tetapi memberi nilai tambah
yang sangat berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara total.
|
RUJUKAN
A.Aziz Deraman (2007). Bahasa Melayu dan
cabaran global.
Dewan Bahasa, 7(2), 26-30.
Cuban, L. (2001). Oversold and underused:
Computers in the classroom. Cambridge, Mass.:
Harvard University Press.
Ertmer, P. A. (1999). Addressing first- and
second-order barriers to change: Strategies for
technology integration. Educational Technology
Research and Development, 47 (4), 47-61.
Finkbeiner, C.(2001). One and all in CALL?
Learner, moderator dan researcher. Computer
Assisted Language Learning. 14 (3-4), 339-361 (54) 1st International Malaysian Educational Technology Convention
Grove, K., Strudler, N., & Odell, S.
(2004). Mentoring toward technology use: Cooperating
teacher practice in supporting student
teachers. Journal Of Research on Technology in Education. 37(1), 85-110.
Hokanson, B., & Hooper, S. (2004).
Integrating technology in classrooms: We have met the enemy and he is us. Paper
presented at the annual convention of the Association for Educational
Communications and Technology, Chicago, IL, October 19-23. (ERIC Document
Reproduction Service No. ED485143)
Jeong-Bae Son (2006). Using online discussion
groups in a CALL teacher training course.
Regional Language Centre Journal. 37(1),
123-135
Saad Al Kahtani (1999). Electronic portfolios
in ESL writing: An Alternative Approach. Computer Assisted Language Learning.
12 (3), 261–268
Yahya Othman (2007). Bahan bantu mengajar
memperkukuh Bahasa Melayu.
|
syabas!! sangat menarik
ReplyDeleteAssalamualaikum..minta izin utk dijadikan rujukan..terima kasih..
ReplyDeleteAssalamualaikum, minta izin untuk dijadikan sebagai rujukan... terima kasih
ReplyDeletemohon share sebagai rujukan
ReplyDelete